Ronaldo mungkin tiada dalam aksi Piala Dunia Qatar 2022

Reaksi sedih Ronaldo setelah tamat perlawanan

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SAINGAN kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 baru - baru ini memberikan keputusan yang sangat mengejutkan apabila Portugal tumpas di tangan Serbia.

Skuad kebangsaan Serbia berjaya menghukum Portugal 1-2 dan memberikan mereka tiket ke Piala Dunia secara automatik setelah kemengan itu sebagai Juara Kumpulan A.

Skuad kendalian Fernando Santos hanya memerlukan keputusan seri sahaja untuk melayakkan mereka beraksi di pentas Piala Dunia Qatar 2022.

Walau bagaimanapun, Serbia berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan melakukan comeback untuk menewaskan Portugal dalam perlawanan sengit itu.

Serbia berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Sanches menerusi Dusan Tadicb pada minit ke-33 permainan.

Kemudian, Serbia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 daripada Aleksandar Mitrovic.

Hasil Perlawanan tersebut menghumban Portugal ke peringkat Play-Off untuk peluang terakhir meloloskan diri ke Piala Dunia Qatar 2022.

Terdapat juga kritikan yang diterima Cristiano Ronaldo usai tamat perlawanan.

“Boleh bayangkan tak apa perasaan jadi rakan sepasukan dia? Nak marah pun susah sebab dia terlalu bintang, tapi dia sepatutnya tak pentingkan diri", kata penyokong yang membanjiri ruang Twitter.

"Dia terdesak sangat nak jadi pahlawan”, tambah penyokong yang lain

-- Wide TV