Bung Moktar Radin
AMRULLAH ABDUL KARIM amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - KERAJAAN Negeri berpendapat sudah sampai masanya pengurusan bekalan air di Sabah diserahkan kepada pihak ketiga.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pendapat tersebut dilihat wajar dipertimbangkan bagi memastikan pengurusan bekalan air bersih di negeri ini diuruskan dengan baik dan lebih efisyen.
Screenshot facebook Bungmoktarradin58
"Mungkin sudah tiba masa pengurusan air perlu dipertanggungjawabkan kepada badan ketiga untuk mengurus air di Sabah.
"Rakyat Sabah berhak menikmati bekalan air bersih seperti di negeri-negeri yang lain," katanya dalam entri terbaru di facebook miliknya hari ini.
Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, masalah gangguan bekalan air yang sering berlaku di Sabah perlu di pandang serius dan tidak sepatutnya dibiarkan.
Beliau turut memohon maaf berhubung gangguan bekalan air yang berlaku di Universiti Utama Condominium (UUC) dan University Condo Apartment (UCA) sehingga membebankan ramai pengguna.
"Saya memohon maaf diatas sebarang kesulitan dan gangguan yang berlaku amat dikesali," katanya.
Mesyuarat tergempar KKR & JANS
Isu terbaru itu menggegar Kementerian Kerja Raya (KKR) sehingga terpaksa mengadakan pertemuan tergempar bagi menangani masalah tersebut dengan kadar segera.
Kelmarin, Setiausaha Tetap KKR telah memanggil Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah untuk mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan isu air yang viral di media sosial baru-baru ini.
Perbincangan itu dipercayai berkisar mengenai langkah-langkah penyelesaian jangka pendek berkaitan isu tersebut.
-- Wide TV
0 Ulasan