Polis buru suspek kes tetak

Screenshot maklumat yang dihantar dalam grup WhatsApp

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - TULAR di media sosial berlaku kes tetak dan potong di sebuah kawasan kebun di Beluran sehingga mengakibatkan kecederaan parah. 

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai menggunakan parang samurai ketika melakukan jenayah itu menyebabkan empat orang parah termasuk terdapat mangsa yang hampir pu+u$ j4ri akibat serangan dari arah belakang. 

Bagaimanapun, motif kejadian tidak dijelaskan dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 

Saksi terdekat yang hanya mahu dikenali sebagai Syukri berkata, dia telah menolong isteri kepada salah seorang mangsa yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepadanya. 

"Sebab saya yg tolong isteri kena tetak tu tadi (ketika kejadian awal). Maklumat dari dia dan mister (penyelia) kasi dia gaji tadi. 

"Tadi pgi tolong dia dri Memanjang ke Belaban jumpa mister ambil gaji..dari situ lah cter (cerita) perkara laki nya, sepupunya di tetak.. isterinya dan sekeluarga nya di arah keluar dari tmpt Keja sekarang..," katanya kepada Wide TV.

Beliau berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung kes itu dan hasratnya hanya ingin membantu menyebarkan maklumat agar suspek tertangkap. 

"Sesiapa terjumpa org ***** ni segera hubungi balai polis terdekat. 

"Share untuk mendapatkan suspek dengan segera..." Katanya yang bekerja sebagai pemandu kereta. 


Saspek kes tetak Kampung Cahaya Baru, Beluran

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, polis sedang memburu dua suspek anak beranak yang terbabit dalam kejadian tetak empat sekeluarga di Kampung Cahaya Baru, Beluran, Selasa lalu.

"Suspek berusia 51 dan 23 tahun telah melarikan diri selepas kejadian itu.

"Mangsa berusia 18 hingga 47 tahun parah," katanya.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan