amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - POSITIF Covid-19 selepas tiba di Sandakan menyebabkan usahawan kosmetik, Hafiz Mahamad terkandas di daerah ini sejak dua hari lalu.
Hafiz yang terkenal dengan aktiviti amal sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur, Sabtu lalu namun terpaksa membatalkan hasratnya kerana perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum dibenarkan pulang.
Menerusi entri di instagram @hafizmahamad, Hafiz memberitahu beliau mengalami demam panas pada Jumaat setelah kerap kali berhujan ketika melakukan kerja amal di sini.
Hafiz terkejut dengan keputusan saringan dibuatnya mendapati dia positif Covid-19 dan terpaksa membatalkan penerbangan ke Kuala Lumpur.
"Ya Allah, semalam saya demam teruk. Ingatkan demam sebab hujan, sebab sini hujan tak berhenti. Saya mmg kerap kena hujan bila buat kerja dkt sini.
"Sebelum saya fly ke Sabah untuk bantuan atau nak uruskan mana mana kerja, saya mmg kerap buat swab & bawa kit test.
"Ya Allah, bila naik 2 line semalam. Panik sekejap sebab saya demam & hilang deria rasa. InsyaAllah doakan saya semua ya." Katanya.
Beliau juga tidak dapat meneruskan misi amal di Sarawak minggu ini disebabkan situasi berkenaan.
Hafiz berada di Sandakan untuk bertemu pelanggannya seorang guru tahfiz muda
Di Sandakan, Hafiz menemui seorang guru muda yang mengajar di sebuah pusat tahfiz dan merupakan pelanggan produk kosmetik keluarannya sejak enam bulan lalu.
Hafiz yang tersentuh dengan pengorbanan guru tahfiz terbabit yang hanya berpendapatan RM400 sebulan, bersedia menanggung keperluan guru itu selama tiga bulan termasuk memberikan modal berniaga.
-- Wide TV
0 Ulasan