admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - PENGOTOR dan tidak beradab.
Itu gelaran paling sesuai diberikan kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni yang membuang sampah sesuka hati di depan rumah orang.
Melalui perkongsian oleh Pejuan Islam di akaun Facebook miliknya, sudah berpuluh kali halaman depan rumahnya menjadi tempat pembuangan sampah.
"Sda berpuluh kali org buang sampah di hadapan rumah kmi.. jgn sampai aku dapat org yg membuang sampah ne memg berkicap la jadinya", katanya dalam perkongsian berkenaan.
"Segala jenis sampah di buang dpn rumh ne bkn skli tpi berkali kli sda", tambahnya lagi di ruang komen.
Mohd Kumal Mohd Rajai yang juga merupakan penduduk PPR tersebut mengatakan bahawa dinding rumahnya di Block E sering terdapat bau hancing.
Sebelum ini, PPR Taman Harmoni pernah tular kerana tempat pembuangan sampah yang tidak terurus.
Kini, situasi lain pula apabila mendapati terdapat segelintir penduduk taman itu pula menjadikan rumah jiran sebagai tempat pembuangan sampah.
--Wide TV