admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - Fenomena air laut pasang besar yang melanda perkampungan atas air di daerah ini dijangka bertambah
buruk dalam beberapa hari lagi.
Wide TV semalam melakukan tinjauan di Kampung Tinusa 2
untuk melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar fenomena air pasang besar di
Kampung tersebut.
Wide TV mendapati terdapat sebuah jambatan telah roboh iaitu di Lorong 3, Jambatan 5 Laut.
"Air laut akan mula naik pada jam 10 malam
sehingga 11 malam dan hanya surut lebih kurang jam 12 tengah malam", kata Nizam
yang merupakan penduduk Kampung Tinusa 2.
"Sangat ramai yang berjaga-jaga, mungkin
bagi mengelakkan perkara tidak diinginkan berlaku", tambahnya lagi.
Selain Kampung Tinusa 2, perkampungan lain yang
turut berhadapan dengan fenomena ini adalah Kampung Sim-Sim, Bokara dan
Sundang.
Diharapkan penduduk sentiada bersiap siaga untuk
sebarang kemungkinan selama fenomena ini masih berlaku.
-- Wide TV