MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - PENDUDUK rumah kontena Kampung Gas Sandakan, Sabah sehingga kini masih menantikan sekiranya ada sinar baharu untuk membela nasib yang menimpa mereka.
Sejak tragedi kebaran yang berlaku pada hujung tahun 2018 lalu, penduduk kampung berkenaan masih tidak mendapatkan penempatan selesa seperti yang dijanjikan sebelum ini.
"Janji , janji dan janji saja", kata Ulna yang merasa kesal dengan janji ahli politik.
"Apa yang merisaukan disini adalah keselamatan kami, cuaca buruk dan pencemaran", tambahnya lagi.
Mereka hanya menduduki rumah sementara berasaskan kontena dan telag menatap di sana hampir tiga tahun dengan infrastruktur dan kemudan yang sangat daif.
"Tidak selesa tinggal di sini", keluhan daripada Nur Hida ketika ditanya Wide TV.
Rumah kontena ini tidak dinafikan telah usang dan faktor keselatan adalah antara yang dirisaukan oleh penduduk seperti air naik ketika hujan dan juga binatang berbisa seperti ular yang memasuki rumah.
"Kontena bukan manusia diisi tapi barang", Radien Emran di ruang komen live Wide TV.
Sejak tragedi kebakaran yang dihadapi oleh penduduk Kg. Gas, mereka hanya dipindahkan dari satu penempatan sementara ke penempatan sementara yang lain serta tidak kurang hebatnya janji - janji yang ditaburkan.
-- Wide TV