Seludup barang kawalan digagalkan Polis Marin



MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuat bot jenis pam yang disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit.

Bot berkenaan berjaya ditahan Polis Marin (PPM) Sandakan di kawasan laut Batu 3 awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, DSP Rusdin Bin Banin berkata semasa pemeriksaan bot dijalankan juragan bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan tanpa di kesan.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati beberapa jenis barang kawalan tanpa permit", katanya.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dan enji pam berjumlah Rm16,561.85.

Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut dan es disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kes ini juga mendapat perhatian warga Sandakan dan ia dapat dilihat daripada komen mereka pada posting yang dibuat oleh Pasukan Polis Marin W4 Sabah.

"Patutla sllu x ada jual minyak masak..rupanya smua d seludup kluar...ngam laitu tuan tangkap dorg penyeludup tu...ksi cuti2 dulu dlm sell", kata Spell Bound.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalukan masyarakat maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

-- Wide TV | Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah