#TERBARU Gempa bumi gegar Indonesia

Laporan Twitter Met Malaysia

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - SATU gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Laut Banda, Indonesia pada 12.26 pagi, sebentar tadi.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak  di latitud 8.0 selatan dan 123.1 timur, kira-kira 252 kilometer (km) utara dari Kupang, Indonesia.

Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 256 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

-- Wide TV 


Catat Ulasan

0 Ulasan