Tg. Papat buat persediaan pusat pemindahan bencana

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku awal Januari 2022

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - EKORAN amaran fenomena air pasang besar yang dijangka bermula 2 Januari 2022, pihak UPPM N.56 Tanjung Papat meminta agar penduduk Kampung Sim - Sim untuk berwaspada.

Fenomena air pasang besar itu dijangka berlangsung selama 5 hari bermula 2 Januari sehingga 6 Januari 2022.

Kenyataan UPPM N.56 Tanjung Papat di laman Facebook

Penduduk kampung perlu mengambil langkah berjaga-jaga berdepan fenomena tersebut dengan menyediakan barang-barang keperluan dan dokumen penting sebelum dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sebanyak lima PPS disediakan iaitu Masjid Daerah Sandakan, Surau Al-Furqan, Pasar Sim-Sim, Gelanggan Futsal Kg. Sim-Sim dan Tokong Pou Kung.

Penduduk kampung juga dinasihatkan untuk segera meninggalkan kediaman masing-masing sekiranya mendapati air pasang dan berlaku ombak besar pada tarikh amaran fenomena itu.

Fenomena air pasang besar ini bukan sahaja menjejaskan Kampung Sim-Sim, malahan melibatkan kampung lain yang berada di persisiran pantai.

Justeru, penduduk di kawasan pesisir pantai diminta untuk sentiasa berjaga-jaga ketika berdepan fenomena tersebut agar mampu mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

-- Wide TV