16 dicekup 'check in' hotel Sandakan

Serbuan di sebuah hotel di Batu 6

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - ALASAN kononnya sudah berkahwin, namun selepas disemak semua pasangan yang dicekup tiada ikatan sah. 

Lapan pasangan berusia 18 hingga 42 tahun itu ditahan pihak berkuasa dalam Ops Ambang Tahun Baru selepas didapati besekedudukan di dalam hotel. 

Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, seorang wanita berusia 32 tahun turut ditahan ketika berdua-duaan bersama lelaki bukan Islam berusia 40 tahun. 

Menurut Romzi, lelaki bukan Islam itu ditahan bagi membantu siasatan. 

Serbuan polis di sebuah hotel di Bandar Sandakan

"Dalam operasi ini, kami menahan sebanyak lapan pasangan dan pada awalnya semua mereka mengaku kononnya sudah berkahwin. 

"Selepas kita semak melalui e-perkahwinan ternyata mereka belum berkahwin dan kebanyakan yang ditahan juga golongan muda. 

"Ada seorang wanita yang berpasangan dengan lelaki bukan Muslim kita dapati dia memiliki pil ekstasi dan lelaki itu turut ditahan sebagai saksi," katanya selepas Ops Ambang Tahun Baru awal pagi tadi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, operasi sempena ambang tahun baru 2022 itu dilancarkan sejak 24 Disember lalu. 

"Kita sudah lancar operasi ini sejak 24 Disember lalu bersama dengan Ops Natal. 

"Sepanjang operasi, kita membuat rampasan sebanyak tujuh buah motosikal dan sebanyak 204 saman dan seramai 10 orang ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya. 

-- Wide TV | Harian Metro

Catat Ulasan

0 Ulasan