Berniaga ikut sunnah

 

Asmawi (kanan) membeli kuih bahulu buatan sendiri usahawan daripada Kampung Batu Putih. 

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - SEIMBANGKAN perniagaan dengan tuntutan kehidupan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. 

Keseimbangan itu akan dapat membimbing usahawan serta ahli perniagaan dalam mendepani cabaran berniaga di tahun 2022. 

Penyumbang Forum Ambang Tahun Baru 2022, Datuk Haji Asmawi Haji Asa berkata, panduan terbaik bagi usahawan khususnya di daerah ini adalah dengan mengikuti cara serta sunnah Rasulullah SAW yang juga merupakan seorang usahawan teragung. 

Forum Ambang Tahun Baru 2022 dihadiri ramai pengunjung.

"Saya memuji usaha yang dilakukan pertububan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi ruang kepada usahawan kecil di daerah ini meningkatkan perniagaan mereka dengan program seumpama ini. 

"Di samping peluang berniaga di tempat selesa dalam pasaraya, pengisian pentas forum yang menampilkan ilmuwan Islam dengan perkongsian topik berkait cabaran semasa juga dapat membimbing usahawan yang mendengarnya," katanya kepada Wide TV

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Ambang Tahun Baru 2022 - Islam & Cabaran di Mydin Sejati Ujana

Asmawi (kiri) memilih kek lapis Sarawak yang dijual salah seorang usahawan di Karnival Usahawan Libaran.

Asmawi berkata, usahawan yang terlibat dalam program Karnival Usahawan Libaran kebanyakannya menghasilkan produk sendiri yang diproses di rumah. 

Menurutnya, pelbagai jenis produk dihasilkan dengan teknik pembungkusan yang baik dan menarik. 

Beliau percaya semua itu hasil daripada pelbagai bentuk bantuan serta bimbingan perniagaan yang disedia serta diberikan kerajaan kepada mereka.

"Semangat serta kesungguhan usahawan ini patut dipuji dan terus diberikan sokongan," katanya. 

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan