'Blogger UMNO' cabar PAS tolak UMNO

Hantaran Rafi cabar PAS tarik sokongan terhadap UMNO

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - SEORANG blogger yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik mencabar semua Ahli Parlimen PAS menarik sokongan terhadap kerajaan pusat yang dipimpin Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Cabaran itu dikemukakan menerusi hantaran terbaru di facebooknya hari ini susulan kenyataan media yang baru dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Menurut Rafi, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi dalam satu sidang media sebentar tadi menunjukkan keangkuhan pemimpin dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) itu. 

Menurutnya, Hadi seperti tidak memikirkan perasaan pemimpin-pemimpin UMNO sehingga sanggup mengatakan parti itu sudah tidak relevan. 

Rafi Awang Kechik - Gambar Edisi 9

"APA perasaan MP2 (Ahli Parlimen) UMNO termasuklah PM (Perdana Menteri) dan Menteri2 serta Timbalan Menteri UMNO bila Hadi Awang dalam sidang medianya dgn angkuh dan sombongnya mengatakan UMNO sudah tidak relevan lagi? 

"Dan kalau itu kenyataan Hadi,kita cabar semua MP mereka tarik diri dari menyokong kerajaan yg dipimpin oleh Naib Presiden UMNO ini,itupun kalau mrk jantan dan ada telo." Katanya. 

Abdul Hadi Awang - Gambar Utusan

Dalam sidang media tersebut Hadi berkata, Barisan Nasional (BN) sudah tidak relevan lagi sehingga membentuk pelbagai gabungan parti komponan lain. 

"Pada kita BN tidak relevan lagi. Dulu Perikatan tak relevan buat BN. BN tak relevan buatlah Perikatan Nasional (PN). 

"Itu senario politik yang kita kena faham," katanya. 

Hadi dalam pada itu mengibaratkan UMNO seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh. 

“Tapi malangnya, kita bukan nak ajar itik berenang. Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. 

"Ada yang patah kaki, pilihan raya (PRU) 14. 

“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki. 

“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” ujarnya. 

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan