Cikgu Alias demam, bergejala

 

Alias Sani

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) N53 Sekong, Alias Sani jatuh sakit sejak Khamis lalu setelah pulang daripada program membantu mangsa banjir di Segaliud.

Alias memberitahu dirinya mengalami demam panas, batuk dan selesema serta mendapat nasihat daripada doktor agar berehat lebih lama sehingga keadaannya benar-benar pulih.

Hantaran Alias di facebooknya

"Setelah program membantu mangsa banjir Segaliud pada 6hb Jan @ Khamis lalu, saya telah jatuh sakit - demam panas, batuk , selsema.

"Saya telah melakukan swabtest kendiri Saliva 3x dan negative.

"Memandangkan saya masih juga sakit maka tadi pagi saya telah melakukan swabtest di lab yang dicadangkan Tuan Dr dan keputusannya juga negative," katanya menerusi entri facebooknya hari ini.

Alias berkata, disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau tidak dapat menghadiri program yang telah dijadualkan bermula esok.

"Dengan demikian program Rakyat di Taman Sibuga dan beberapa tempat lain tidak dapat saya penuhi bermula esok sehingga keadaan saya membaik sepenuhnya," jelasnya.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan