FB digodam posting luc4h

Akaun Facebook yang telah digodam

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEJAK dua hari ini makin banyak akaun Facebook yang digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawap.

Akaun Facebook yang digodam akan memaparkan satu posting luc4h selebriti terkenal dari Korea.

Posting berkenaan dikatakan adalah visual luc4h selebriti terkenal Korea iaitu Blackpink, namun tidak diketahui benar ataupun tidak.

Apa yang menjadi tumpuan pengguna FB apabila secara tiba-tiba sebuah akaun Facebook akan membuat posting berkenaan dan turut tag beberapa rakan FB lain sehingga mencecah 90 orang.

Perkara ini jelas memberikan kerisauan pengguna FB lain sekiranya akaun mereka juga digodam.

Shamir Azmil melalui akaun Facebook mengatakan bahawa  posting yang tidak menyenangkan itu dan turut tag ramai rakan fb yang lain termasuklah dirinya.

"Pada awalnya, saya agak terkejut kenapa mereka tag saya dengan posting yang pelik pelik macam tu, rupa rupanya fb mereka digodam" katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga adalah lebih setiap pengguna aplikasi media sosial berkenaan untuk menyemak tetapan keselamatan akaun Facebook masing-masing.

Bukan itu sahaja, akaun Facebook yang telah digodam adalah lebih baik untuk menukar semula kata laluan akaun.

Berdasarkan apa yang dilihat Wide TV, rata - rata mereka yang menjadi mangsa godam berkenaan tidak sedar akan kewujudan posting berkenaan.

Oleh hal demikian, bagi mereka yang belum digodam dan sekadar di tag dalam posting luc4ah itu, perlu lebih berhati - hati khsusnya jaga tekan link posting luc4h berkenaan.

-- Wide TV