SANDAKAN - HUSADEE telah berjaya melancarkan album sulung mereka bertempat di Ming Restaurant, Sabah Hotel Sandakan pada sabtu lalu.
Pelancaran album tersebut sekaligus menjadi pelancaran album pertama yang pernah di lakukan di Sabah dalam dunia industri muzik.
Majlis Pelancaran Album Trio HUSADEE Tanpa Alasan, turut disempurnakan oleh tetamu istimewa YB Jaffari Waliam diiringi Komposer terkenal Tanah Air Julfekar Ahmad Shah.
HUSADEE juga mengucapkan rasa terima kasih atas sokongan yang mereka terima dari pelbagai pihak selama setahun projem pembentukan trio itu.
"HUSADEE ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama 1 Tahun projek pembentukan kumpulan ini demi merancakkan lagi industri Muzik Tanah Air", tulisnya dalam muat naik di Facebook.
Kumpulan HUSADEE yang terdiri daripada Hud, Sam dan Didee mengatakan untuk sentiada mengikuti mereka di alam sosial agar dapat melihat perkembangan mereka di persada seni tanah air.
Turut berlangsung pada majlis yang sama adalah Pelancaran Album Min Yasmin, World On A String dan Sidang Media Min Yasmin Live Concert In Sandakan.
-- Wide TV | HUSADEE