Jalan Kuari 5 Gum-Gum bukan jagaan JKR Sabah

Jalan menuju Kuari 5 Gum-Gum ketika dilalui semalam

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - JABATAN Kerja Raya Sabah baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa jalan menuju ke Kuari 5 Gum-Gum bukanlah di bawah penyelenggaraan mereka.

"Jalan tersebut di kategorikan sebagai Jalan Perbandaran/Jalan Majlis (MDMC) dan di selenggara oleh syarikat konsesi Pembinaan Kekal Mewah (PKM)", JKR Sabah menerusi muat naik di Facebook.

Sebelum itu, tular satu muat naik melalui Facebook oleh Mohd Yusuf yang mendakwa jalan itu tidak dapat dilalui walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

"kami terpaksa patah balik, 4WD Drive kami pun tidak boleh lelui", tulis Mohd Yusuf.

Mohd Yusuf dalam usaha untuk melawat asnaf di Kuari 5 Gum-Gum semalam, terpaksa patah balik ekoran jalan yang tidak boleh dilalui sama sekali.


Muat naik JKR Sabah berhubung jalan Kuari 5 Gum-Gum

Muat naik berkenaan mendapat perhatian dan reaksi daripada JKR Sabah dengan membawa pencerahan berhubung pengurusan jalan itu.

Berikut antara jalan di bawah seliaan JKR Sabah iaitu, Jalan Gum-Gum B, Jalan Gum-Gum Manis, Jalan Gum-Gum A Laut, Jalan Gum-Gum B Laut, Jalan Gum-Gum C Laut, Jalan Koko 1 dan Jalan Koko 2.

Pihak JKR Sabah juga telah menghubungi Majlis Perbandaran Sandakan untuk tindakan selamjutnya.

-- Wide TV | Jabatan Kerja Raya Sabah | Mohd Yusuf