Jambatan gantung dibaiki esok 

 

Suhaimi (belakang) ketika melawat jambatan gantung Kampung Nelayan Tengah bersama Faridah (depan), 28 November tahun lalu.

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - JAMBATAN gantung Kampung Nelayan Tengah di Batu 10 yang uzur akan mula dibaiki esok. 

Kerja-kerja pembaikan struktur lantai jambatan gantung tersebut akan dilakukan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung bermula jam 9.30 pagi. 

Makluman mengenai kerja pembaikan tersebut dibuat menerusi aplikasi WhatsApp dan disampaikan kepada Wide TV sebentar tadi. 

Makluman mengenai aktiviti gotong-royong membaiki jambatan gantung Kampung Nelayan Tengah. 

"Assalamualaikum wbt.. sesiapa yg berkelapangan bolehlah bersama² membaiki jambatan gantung Kg Nelayan Tengah jam 9.30 pagi esok. 

"Kita akan baiki secara gotong-royong untuk injakan (papan lantai) pejalan kaki dulu. Terima kasih." Kata sumber tersebut. 

Sementara itu, isu jambatan gantung di kampung tersebut sebenarnya telah mendapat perhatian wakil rakyat dan pemimpin tempatan sejak tahun lalu lagi. 

Keadaan jambatan gantung yang uzur merbahaya kepada penduduk terutama kanak-kanak. - Gambar BERNAMA.COM

Lawatan ke jambatan gantung itu telah diadakan pada November tahun lalu melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Suhaimi Nasir, ADUN Sungai Manila, Mokran Ingkat, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Faridah Giau dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Manila, Isgau Abdullah

Menerusi hantaran di laman facebook rasmi ADUN N50 Gum-Gum, Suhaimi Haji Nasir - Page 28 November lalu, kerja pembaikan akan dilaksanakan segera memandangkan keadaan struktur lantai jambatan yang rosak dan tidak selamat dilalui terutama pelajar sekolah. 

Perkongsian Wide TV mengenai isu tersebut.

"Alhamdullilah, Selepas Merasmikan Peringkat Cawangan saya terus melakukan Lawatan Kerja ke Jambatan Gantung Kg Nelayan Tengah Batu 10 yang uzur dan sangat memerlukan pembaikan segera untuk keselamatan dan keselesaan penguna. 

"Saya berharapan dengan inisiatif yang kami lakukan ini dapatlah membantu penduduk Kg Nelayan Tengah. 

"Tanpa jambatan itu, aktiviti ekonomi dan sosial penduduk kampung sudah pasti terjejas teruk. 

"Sudah tentu sukar bagi mereka untuk berulang-alik selain menjejaskan pelajar untuk pergi dan balik ke sekolah," kata Suhaimi seperti dipetik daripada halaman facebook tersebut. 

Lawatan tersebut turut dihadiri Penolong Jurutera MPS, Muqhlis Mohamad dan Setiausaha UMNO Bahagian Libaran, Asli Amat

-- Wide TV

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Assalamualaikum selamat pgi kmi dri NGO Muslim fellowship sabah Alhamdulillah pda hri esok akan bergarak ke lokasi untuk berkarja sama baik pulih jambatan tersebut secara gotong royong

    BalasPadam