Paras air pasang besar dijangka terus meningkat
AMRULLAH ABDUL KARIM amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - FENOMENA Air Pasang Besar dijangka akan lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku secara serentak.
Justeru, penduduk khususnya yang tinggal di kawasan penempatan atas air dinasihatkan supaya lebih berwaspada.
Bagi penduduk di Kampung Batu Putih Baru, pihak berkuasa termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mengambil langkah awal menyediakan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk menempatkan penduduk yang dikhuatiri terjejas dengan fenomena tersebut.
Dua PPS tersebut adalah Masjid Nur Islam dan Dewan Batu Putih.
Masjid Nur Islam
Menerusi hebahan yang dibuat di dalam grup aplikasi WhatsApp, Warga Kampung Batu Putih; semua penduduk dinasihatkan agar lebih berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang yang dijangka berlaku dalam tempoh 5 hari bermula 2 Januari sehingga 6 Januari 2022.
"Penduduk kampung juga dinasihatkan agar peka dengan keadaan dan membuat langkah-langkah keselamatan seperti menyimpan barang-barang keperluan & dokumen-dokumen penting ditempat yang selamat.
"Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini segera berpindah ke tempat Pusat Pemindahan Sementara yang telah disediakan," kata sumber tersebut.
-- Wide TV
0 Ulasan