KPD Sandakan turun padang bantu mangsa banjir

OPS Pasca Banjir usaha murni PDRM Sandakan menyantuni mangsa banjir

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - HUJAN berterusan ekoran luruan monson timur laut telah menyebabkan kejadian bencana banjir di negara ini termasuklah Sandakan, Sabah.

PDRM Sandakan telah melaksanakan Ops Pasca Banjir bagi membantu mangsa yang terjejas banjir di Sandakan iaitu di Kg. Sungai Memanjang.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mphd Azhar Hamin juga turun padang bagi menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung.

KPD Sandakan turut bersama 3 pegawai dan 24 anggota dalam pelaksanaan Ops Pasca Banjir di Kampung tersebut.

Beliau telah menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada penduduk terjejas.

Usaha sebegini merupakan program murni PDRM Sandakan dalam terus bersama masyarakat dalam apa jua situasi.

Setakat ini sebuah kampung di Sandakan dan enam buah kampung lagi di Beluran yang terjejas dengan bencana alam ini.

-- Wide TV | Polis Daerah Sandakan