Lori 10 tan terbakar di Sandakan

Lori 10 tan terbakar di jalan batu sapi

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SABUAH lori 10 tan dilaporkan terbakar di Jalan Batu Sapi menuju ke Pelabuhan, Sandakan.

Komander Operasi, PBK ll Syamzari Ganih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubunga kejadian itu sekitar jam 6.05 pagi semalam.

"Seramai 9 anggota bomba telah dikerahkan ketempat kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan penggunaan 2 aliran hoose reel daripada jentera", jelasnya lagi.

Usaha memadam kebakaran pada lori terbabit

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kematian direkodkan daripaa kejadian dan pemandu lori terbabit juga dilaporkan tidak memerlukan sebarang rawatan lanjut.

Sementara itu, Komander Operasi juga mengatakan bahawa pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebeanr kejadian tersebut berserta anggaran keseluruhan kerugian yang dialami.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON), PgKB l Misran Bisara juga bertegas agar pengguna jalanraya lebih bijak dalam memandu dan sentiasa melakukan servis kenderaan sebelum melakukan perjalanan agar tidak berlaku perkara-perkara sedemikian.

-- Wide TV | Demi Sabah | Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan