SANDAKAN - MANTAN calon muda Parti Liberal Demokratik (LDP), Mohd Fazil Ajak telah membuat pengumuman keluar parti.
Pengumuman dibuat setelah memaklumkan kepada Preside LDP, Datuk Chin Su Phin kira-kira 4.35 di Kota Kinabalu semalam.
Fazil berkata keputusan meninggalkan parti berkemungkinan untuk memberi laluan kepada parti mengukuhkan strategi yang baru sahaja selesai Mesyuarat Agung baru-baru ini.
Ketika dihubungi, Fazil menyatakan bahawa keputusan beliau adalah muktamad dan tidak melibatkan mana-mana desakan pihak berkepentingan.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain namun beliau berkata belum membuat sebarang keputusan meskipun beberapa parti ada menghubunginya untuk mempelawa menyertai parti politik yang lain.
Namun, menurut sumber yang lain dan berdasarkan track record, beliau tidak menolak kemungkinan beliau akan menyertai parti dalam Barisan Nasional kerana pernah berkhidmat dan merupakan anak didik Tan Sri Joseph Kurup di masa lalu.
0 Ulasan