SANDAKAN - MAYAT remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditemui di dalam kolam ikan Jalan Fook Hin Batu 12 Sandakan.
Mangsa yang merupakan lelaki berbangsa bajau sebelum ini dilaporkan hilang setelah disyaki terjatuh ke dalam kolam ikan berhampiran pondok tempat mangsa berehat semalam.
Keluarga mangsa yang menyadari kehilangan mangsa serta menjumpai barang peribadinya, melaporkan kepada pihak polis pada hari yang sama.
Hari ini Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan APM Sandakan bersama agensi sahabat.
Hasil operasi berkenaan mayat mangsa telah ditemui di dalam kolam berkenaan tengah hari tadi setelah operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan seterusnya.