Hantaran Harris di facebooknya berhubung isu jambatan gantung Kampung Nelayan Tengah.
AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
"Siap cadang buat jambatan baru berbumbung.
"Selepas 3 tahun korang buat apa?
"Rasa nak mencarut je..."
Itu reaksi seorang 'wartawan tidak bertauliah' dari Semenanjung Malaysia menyentuh isu jambatan gantung Kampung Nelayan Tengah di Batu 10 yang tular sejak beberapa hari lalu.
Pengguna akaun facebook Muhamad Harris Nasril ini tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya menerusi video berdurasi 3 minit 29 saat berhubung isu jambatan gantung tersebut yang pernah disuarakan sejak 2019 lagi.
Berdasarkan video yang dipetik dari Media Sisi itu jelas memperlihatkan seorang pemimpin kerajaan negeri pada ketika itu berjanji untuk memperbaiki jambatan gantung dengan konsep berbumbung.
Bagaimanapun, menurut Harris janji itu hanya tinggal janji dan kesannya jambatan itu bertambah uzur dan bahaya untuk digunakan.
Screenshot hantaran facebook Harris
"2019, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Norizal Husin meninjau keadaan jambatan gantung kampung nelayan tengah yang sangat usang dengan kabel putus dan berkarat, serta pelapik kayu yang banyak sudah hilang," katanya dalam hantaran facebook.
Harris turut menyatakan kos pembaikpulihan jambatan gantung tersebut tidak menelan kos yang terlalu besar dan mampu dilaksanakan pihak berwajib.
"Benda ni bukan mahal mana pun. Tak smapai rm1 juta pun.
"Entah2 bawah rm100k pun boleh bina jambatan gantung selamat. Rujuk gambar jambatan gantung di Switzerland. Selamat dan boleh juga jadi tarikan pelancong," tambahnya.
Sementara itu, seorang penduduk kawasan Libaran, Osman Tiakok turut berkongsi mengenai isu sama yang dikaitkan dengan konten video yang sama.
Osman berkata, janji pembinaan jambatan gantung berbumbung pernah disuarakan di zaman pemerintahan kerajaan terdahulu.
Posting Osman Tiakok
"...Ini jambatan gantung usang yang viral bah, sudah di buat pegi jambatan gantung berbumbung ke masa zaman WARISAN dulu memerintah?
"Jawapan nya : Yellek 😛," soal sinis beliau kepada seseorang.
Beliau kesal dengan sikap individu terbabit yang dianggap hanya lantang berkata-kata tanpa melihat hasil kerja orang lain.
"Kau sembang mcm kau saja semua betul, org lain saja salah. Putungan mu kanðŸ¤," katanya.
-- Wide TV
0 Ulasan