Penyelenggaraan Pan Borneo sejak Oktober 2021

Jalan Sandakan-Telupid dam usaha penyelenggaraan sejak Oktober lalu

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEJAK Oktober 2021, telah dijalankan usaha untuk menyelenggara Lebuhraya Pan Borneo Sabah termasuklah tiga pakej menaiktaraf lebuhraya itu.

Menerusi hantaran laman Facebook rasmi Pan Borneo Sabah, terdapat tiga pakej kerja baru projek lebuh raya berkenaan sedang dijalankan bagi kawasan Jalan Telupid Sandakan.

Jalan-jalan Persekutuan sedia ada bagi kawasan Kg. Baoto, Telupid ke Batu 32, Sandakan juga di bawah penyelenggaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sejak oktober lalu.

Dalam usaha menaiktaraf lebuh raya itu, tiga pakej kerja baharu untuk projek lebuh raya itu adalah:
i. WP28: Menaiktaraf jalan dari Batu 32 ke Monyod (21.7KM)
ii. WP29: Menaiktaraf jalan dari Monyod ke Sapi Nangoh (20.4KM)
iii. WP30: Menaiktaraf jalan dari Sapi Nangoh ke Sg. Baoto (16.8KM)

Walau bagaimanapun, dikatakan atas faktor cuaca yang tidak menentu dan kadar tahap kerosakan yang agak teruk, proses pembaikan jalan terpaksa mengambil sedikit masa.

Jabatan Kerja Raya Sabah akan sentiasa memastikan proses penyelenggaraan dan pembaikan akan tetap dilakukan dari masa ke semasa dan lebuh raya itu dijangka siap pada penghujung 2024.

Tambah pada muat naik itu lagi, tahap kerosakan jalan Telupid ke Sandakan ini dikategorikan sebagai Kategori 5 atau Unmaintainable oleh Cawangan Penyelenggaraan Jalan JKR Sabah.

Ini bermaksud kerosakan dan aduan jalan seringkali berlaku dan antara punca utama ialah jangka hayat Lifespan jalan tersebut telah melebihi tempoh dari segi rekabentuk.

"Jalan Telupid ke Sandakan merupakan laluan tumpuan kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang melebihi had muatan", tulis dalam muat naik Pan Borneo Sabah.

"Perkara ini turut menjadi punca kerosakan jalan menjadi semakin teruk dan sukar untuk dibaiki", tambah dalam muat naik itu.

-- Wide TV | Pan Borneo Sabah