amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - DUA pengedar dadah berjaya diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak Batu 9 di sini, kelmarin.
Suspek lelaki warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi oleh sepasukan polis dari dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sandakan.
Kedua-dua suspek lelaki yang ditahan masing-masing berusia 45 dan 36 tahun.
Menurut sumber Facebook Rasmi Polis Daerah Sandakan, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek, menemui bungkusan plastik dipercayai dadah jenis Methaphetamine anggaran berat 1039.43 gram dengan nilai pasaran dianggarkan sebanyak RM36,000.
"Ketika ditahan kedua-dua suspek cuba melawan dan melarikan diri sehingga berlaku pergelutan.
"Walau bagaimanapun kedua-dua mereka berjaya diberkas.
"Hasil ujian urin mendapti seorang daripada suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine," kata sumber berkenaan.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
-- Wide TV
0 Ulasan