Pulau Berhala pusat pelancongan akan datang

Pulau Berhala bakal menjadi salah satu pusat pelancongan

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SATU tinjauan telah dilakukan di Pulau Berhala Sandakan sebagai pulau yang akan menjadi salah satu pusat pelancongan akan datang.

Tinjaun berkenaan dilakukan oleh Bendahari UMNO Sabah, Suhaimi Nasir bersama pihak pelabur pagi semalam.

"Alhamdullilah, pagi tadi saya bersama-sama Pihak pelabur ke Pulau Berhala Sandakan untuk meninjau destinasi untuk dijadikan salah satu Pusat Pelancongan di daerah ini", tulisnya dalam satu muat naik di Facebook.


Tinjuan yang dilakukan di Pulau Berhala Sandakan

Ketua UMNO Bahagian Libaran itu juga berkata bahawa terbinanya Sektor pelancongan di kawasan berkenaan bukan sahaja dapat menawarkan peluang pekerjaan ia membantu menangani cabaran anjakan demografi di bandar.

Bukan itu sahaja, ia juga menyumbang kepada penglibatan penduduk setempat serta pengagihan kekayaan di wilayah luar bandar secara saksama.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Adun N51 Sungai Manila, Mokran Ingkat, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Faridah Giau, Timbalan Presiden 2 Majlis perbandaran Sandakan, Harun Ariffin, Datuk Akbar Khan dan Asli Hj Amat SUB UMNO Bahagian Libaran.

Tinjauan berkenaan juga turut disertai oleh anggota Polis bagi menjaga keselamatan sempena lawatan kerja tersebut.

-- Wide TV | Suhaimi Haji Nasir