RM200,000 untuk cantikan bangunan lama Sandakan

Datuk Jafry Arifin ketika meninjau Laluan Kreatif Sandakan

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniga.com

SANDAKAN - MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, sekurang-kurangnya RM200,000 dibelanjakan bagi mencantikan bandar Sandakan.

Usaha mencatikan berkenaan melibatkan bangunan lama agar mampu menarik pengunjung ke daerah ini.

Hal ini sekaligus menggalakkan orang ramai menghayati hasil seni kreatif anak tempatan dengan mural yang terlukis di setiap bangunan lama tersebut.

Laluan Kreatif juga adalah salah satu daripada usaha agar bandar semula jadi ini mampu menarik lebih ramai pengungjung.

"Laluan kreatif itu dapat mengembalikan memori pasar lama Sandakan yang menjadi pusat aktiviti perniagaan masyarakat daerah ini suatu ketika dahulu", kata Datuk Jafry Ariffin.

"Pasar lama tersebut telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Sandakan Harbour Square dan digantikan dengan pasar lebih moden seperti yang ada hari ini", tambahnya lagi

Beliau turut berkata bahawa warna bangunan lama yang dahulunya pudar, kini berseri dengan panorama yang memberikan pesona berbeza.

"Kementerian ini yakin ia bukan saja memberi nilai tambah kepada produk pelancongan tetapi juga bakal menjadi tumpuan pelancong berswafoto sekali gus membantu mempromosi daerah Sandakan khususnya di media sosial," katanya.

-- Wide TV | Utusan Borneo Online