Kerjasama Lotto Malaysia bersama Sabah FC dengan tajaan 2.4 Juta
MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - Pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC mendapat tajaan lumayan sebanyak RM2.4 juta untuk aksi musim 2022-2023.
Perkembangan menarik itu dimaklumkan sendiri oleh Lotto Malaysia menerusi satu muat naik di akaun media sosial mereka.
"Cabaran bagi tahun 2022, Lotto Malaysia juga akan diterajui oleh Sabah Football Club dengan jumlah tajaan bernilai RM2.4 juta", tulis kenyataan rasmi oleh Lotto.
Lotto Malaysia berharap dengan adanya kerjasam ini ia dapat menaikkan semangat The Rhinos dan peminat negeri di bawah bayu untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang saingan musim baharu.
Ini merupakan satu suntikan tambahan buat Sabah selepas mendapat bimbingan bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yang melakukan revolusi besar-besaran.
Kedatangan Kim Swee membolehkan Sabah membawa masuk beberapa pemain tempatan ternama seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Irfan Fazail, Khairul Fahmi Che Mat dan beberapa yang lain lagi.
Sabah FC akan tambil dengan berwajah baharu musim 2022-2023 dan akan memberikan saingan dalam arena bola sepak negara.
-- Wide TV
0 Ulasan