Sandakan lautan sampah!

Pulau Berhala ibarat lautan sampah

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - DIIBARATKAN sebagai lautan sampah kerana longgokan sampah yang banyak kelihatan di sekitar bandar ini.

Tinjauan yang dilakukan di Pulau Berhala, Sandakan mendapati longgokan sampah yang amat banyak menyebabkan hilangnya keindahan pantai.

Sampah berkenaan berkemungkinan berpunca bukan daripada penduduk pulau, sebaliknya sampah yang dibawa ombak dari tempat lain kemudian terdampar di pantai pulau berkenaan.

Menurut Aznan keadaan itu berlaruta sejak beberapa bula lalu berikutan banteng yang dipasang sebelum ini rosak.

"Semua sampah ini sebenarnya dari laut dan biasanya ia akan naik apabila air pasang dan terdampar di pesisir pantai kampung kami", kata Azwan.

Walaupun usaha untuk membersikan pantai pulau itu sering dilakukan secara bergotong-royong, namun ia sukar untuk diselesaikan kerana setiap hari akan ada sampah terdapar di persisir pantai.

"Kami ada juga melakukan gotong-royong dengan penduduk kampung dan askar yang menjaga pulau ini tetapi ia tidak dapat dihabiskan, setiap hari kerana akan bertambah terutama selepas air pasang", tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk kamu Mohd Jaidin mengakui akan keadaan kampunya itu kelihatan kotor oleh sampah sarap.

"Bila difikir, tidak sedap mata memandang tetapi ini juga disebabkan keadaan cuaca dan air pasang , ada masa dia bertimbun penuh begini disebabkan dibawa air pasang",katanya.

"Baru-baru ini berlaku ribut di kampung kami menyebabkan banteng yang dipasang rosak sepenuhnya dan belum sempat dibaiki sehingga kini", tambah Jaidin lagi.

Jaidin juga menyimpulkan keadaan ini akan mendatangkan bahaya kepada penduduk kampun kerana pembiakan nyamuk aedes.

-- Wide TV | Deasoka