SPRM tahan guru besar Sandakan

 

Gambar Berita Harian

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - SEORANG guru besar sebuah sekolah di daerah ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkait kes salah guna wang sumbangan berjumlah kira-kira RM8,000. 

Menurut sumber, suspek wanita berusia 60 tahun itu ditahan sekitar jam 11 pagi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan. 

Keterangan suspek diambil bagi membantu siasatan. 

Bagaimanapun suspek dilepaskan dengan jaminan dan dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan minggu ini. 

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy turut mengesahkan kes berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, Wide TV turut menerima hantaran mesej daripada seorang lelaki yang memaklumkan berhubung kes sama. 

Lelaki berasal dari Kampung Sim-Sim itu memberitahu isu itu kini dianggap semakin hangat diperkatakan dalam kalangan warga Sandakan. 

-- Wide TV | BH

Catat Ulasan

0 Ulasan