Sumbang alat sukan bantu pelatih Giatmara

  

Asmawi (kanan) ketika menyerahkan sumbangan kepada Issak.

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - RUANG terhad selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah mengekang beberapa pelatih Pusat Giatmara Batu Sapi untuk melakukan aktiviti riadah. 

Walaupun Sabah telah beralih kepada Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) November lalu, namun 30 pelatih pusat latihan tersebut masih belum dapat melakukan sebarang aktiviti riadah disebabkan kekangan tersebut. 

Bagaimanapun, atas keprihatinan seorang penyumbang, Datuk Haji Asmawi Haji Asa menyumbangkan peralatan sukan kepada pusat latihan tersebut akan dapat membantu pelatih melakukan aktiviti riadah. 

Asmawi (berbaju Melayu) bersama pelatih Pusat Giatmara Batu Sapi

"Selesai saja solat Jumaat (minggu lepas) saya terus ke Pusat Giatmara Batu Sapi untuk menyerahkan dua peralatan sukan bagi kegunaan pelatih. 

"Peralatan sukan ini sesuai digunakan untuk aktiviti dalaman atau 'indoor' yang tidak memerlukan ruang luas. 

"Diharap sumbangan ini dapat membantu pelatih agar dapat mengamalkan aktiviti riadah, sihat dan memastikan stamina serta kecergasan semua pelatih Giatmara," katanya kepada Wide TV. 

Asmawi berkata, beliau mengetahui kekangan yang dihadapi pusat latihan tersebut di tambah pula kedudukannya yang tidak mempunyai kawasan riadah bersesuaian. 

Justeru, beliau berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Asmawi (tiga, kanan) bersama tenaga pengajar Pusat Giatmara Batu Sapi 

Sementara itu, Pengurus Giatmara Batu Sapi, Issak Mustang berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan sumbangan diberikan sekali gus dapat memudahkan aktiviti sukan yang dijadual pada setiap petang Jumaat. 

"Pelatih Giatmara memang ada aktiviti sukan setiap Jumaat tapi memandangkan pusat kami 'bangunan kedai' jadi tiada ruang dan tempat sesuai. 

"Datuk melihat perlunya sukan ini diteruskan walaupun dalam ruang yang terhad. 

"Kami berbesar hati dan sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas sumbangan yang diberikan dan selepas ini aktiviti sukan 'indoor' boleh dilakukan oleh pelatih di sini," katanya. 

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan