Tiga maut di lokasi kejadian setelah kenderaan terputus dua

Kemalangan tragis, tiga maut di tempat kejadian

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - TIGA lelaki maut dalam nahas kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Lintas Sibuga pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 pagi itu, kenderaan jenis Proton Saga FLX dipercayai terbabas sendiri sehingga merempuh pokok dan kemudianya terputus dua.

Kejadian itu menyebabkan dua mangsa tercampak keluar manakala seorang lagi tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, berkata menerima panggilan kecemasan berkenaan pada 11.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Lapan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

Dua mangsa terlempar keluar dan seorang tersepit ekoran kemalangan berkenaan

"Terdapat tiga mangsa lelaki terbabit dan dua daripadanya berada di luar kenderaan manakala seorang lagi tersepit", katanya.

"Pasukan Bomba terus menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kendereaan malang berkenaan", katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Semua mangsa  disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi ditamatkan pada jam 12.06 tengah hari tadi selepas pihak Bomba selesai melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan kemalangan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

-- Wide TV | Deasoka