Ajaran sesat 'wali tujuh' dalam estet tumpas

 

Tiga suspek yang ditahan berkait ajaran 'wali tujuh'

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - EASTERN Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya mematahkan kegiatan kumpulan ajaran Wali Tujuh dengan penangkapan tiga lelaki di sebuah rumah pekerja Ladang Bukit Kretam, Kota Kinabatangan, semalam.

Menurut kenyataan Komander ESSCOM, DCP Hamzah Ahmad, ketiga-tiga individu berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Antara barangan dirampas

Beberapa barang peribadi milik salah seorang individu terbabit antaranya kalendar tilik nasib, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal telah dirampas.

"Berdasarkan risikan awal, kumpulan itu diketuai seorang guru dan dibantu dua individu.

"Kumpulan ini mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dengan membawa ajaran ilmu batin dan kebal yang telah berkembang pantas serta menarik minat pekerja ladang di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan," kata sumber.


Setakat ini, kumpulan tersebut mempunyai 20 pengikut terdiri warga asing yang merupakan pekerja ladang sekitar daerah tersebut.

-- Wide TV | ESSCOM

Catat Ulasan

0 Ulasan