Ikhlas, jujur, setia dalam perjuangan USNO Libaran 

Asmawi (tiga, kiri) menerima borang keahlian USNO daripada Dayang Tarnati.

AMRULAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - PENDEKATAN silaturahim menggunakan simbol 3K iaitu keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan diyakini mampu membawa Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) diterima rakyat khususnya di kawasan Libaran. 

Penyelaras USNO Bahagian Libaran, Dato' Haji Asmawi Haji Asa berkata, simbol 3K tersebut menjadi teras pegangan bagi pemimpin serta ahli parti dalam mendekati rakyat. 

"Saya bawa tiga teras ini dalam perjuangan parti USNO khususnya di Libaran kerana saya percaya hanya dengan sikap kita yang ikhlas, jujur dan setia akan disenangi oleh rakyat. 

Asmawi

"Ini bukanlah sikap yang saya buat-buat tetapi ia sememngnya sudah menjadi amalan azali saya dan mahu ia menjadi teras dalam perjuangan USNO," katanya kepada Wide TV selepas mengadakan pertemuan santai bersama kira-kira 40 penduduk Jambatan 5, Kampung Tinusa 2, semalam. 

Pertemuan santai itu dibuat di kediaman Ketua Cawangan USNO Kampung Tinusa 2, Dayang Tarnati Tantung di Jambatan 5. 

Turur hadir Setiausaha USNO Bahagian Libaran, Rayner Sinan, Ketua Wanita Bahagian, Ustazah Aida Royana Abdul Rani dan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ramli Sukor.

Dalam pertemuan lebih dua jam itu, Asmawi dapat beramah mesra bersama penduduk sambil mengambil peluang menjelaskan makna perjuangan sebenar USNO. 

Antara penduduk Jambatan 5, Kampung Tinusa 2 yang hadir menyatakan sokongan penuh terhadap perjuangan USNO Libaran.

Katanya, penerimaan penduduk kampung terhadap USNO dilihat amat positif malah beliau turut menerima 60 borang keahlian baru USNO Cawangan Tinusa 2 daripada Dayang Tarnati. 

Beliau turut mendedahkan beberapa perancangan parti dalam menyuntik pembangunan ekonomi penduduk sekitar. 

"Kita faham situasi ekonomi semasa penduduk setempat sebab itu perlunya suntikan ke arah melonjakkan sektor ekonomi dilaksanakan segera. 

"Koperasi Rakyat Libaran Berhad akan digerakkan bagi memancu ekonomi penduduk dengan melibatkan seramai mungkin anggota dalam koperasi ini. 

"Perancangan kita adalah dengan mewujudkan sekurang-kurangnya 10 kedai runcit pada tahun ini yang kesemuanya diusahakan sendiri oleh rakyat tempatan," ujarnya. 

-- WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan