Pertemuan pemimpin cawangan USNO Bahagian Libaran, (kanan depan) Abdu Razic, Saharudin, Asmawi, Suriahni, Norsiah dan Asrin. (Kiri depan) Suardi, Abdul Ghani, Marup, Nasri dan Mohd Dullah.
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - PERTUBUHAN Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) terus mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat khususnya dalam kawasan Parlimen Libaran.
Terbaru, pertemuan antara pemimpin masyarakat tempatan diadakan bagi membentuk jawatankuasa di peringkat cawangan.
Penyelaras USNO Bahagian Libaran, Dato' Haji Asmawi Haji Asa berkata, usahanya kini tertumpu kepada pembentukan kepercayaan rakyat terhadap parti dan melahirkan pemimpin di peringkat akar umbi.
"Rakyat semakin terbuka untuk menerima pemimpin yang ikhlas, jujur dan setia dalam memperjuangkan hak mereka.
"Semua dahagakan perubahan dan sudah jemu dengan drama retorik ahli politik.
"Kita hadir dengan perubahan yang rakyat harapkan sebab itu semakin ramai yang menerima kehadiran kita," katanya kepada Wide TV.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama 10 pemimpin USNO cawangan dalam kawasan Libaran.
Antara yang hadir ialah, Suardi Haran, Cawangan Kampung Pertanian Batu 25, Saharudin Abdul Kadir, Cawangan Kampung Garinono Batu 25, Norsiah Alixious, Cawangan Kampung Jaya Bakti, Abdul Ghani Karim, Cawangan Batu Putih, Marup Karim, Cawangan Sungai Kayu, Mohd Dullah Dayah, Cawangan Sungai Manila dan Abdu Razic Tutoh, Cawangan Taman Merpati.
Turut hadir, Ahli Jawatankuasa USNO Bahagian, Suriahni Samberani, Nasri Abdul Rahman dan Asrin Asa.
Asmawi berkata, pemimpin yang hadir menyertai USNO merupakan pemimpin yang ikhlas berjuang demi kepentingan rakyat.
Menurutnya, hanya pemimpin yang ikhlas akan diterima rakyat dan nilai itulah yang diterapkan dalam kepimpinan USNO yang sedang dibentuk.
"Kita berharap rakyat akan terus menilai secara positif dan melihat keikhlasan perjuangan yang dibawa oleh USNO Libaran seterusnya membawa lebih ramai menyertai parti ini," ujarnya.
-- WIDE TV
0 Ulasan