Suami isteri trauma bank sekat wang simpanan RM28,000

 

Bank tempatan bekukan ribuan pemegang akaun

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - BERIBU pemegang akaun di sebuah bank tempatan didakwa disekat tanpa notis sejak 25 Januari lalu hanya disebabkan kesilapan pihak pengurusan bank.

Paling tidak masuk akal apabila pihak bank menafikan transaksi yang telah dilakukan oleh pemegang akaun, sebaliknya menyatakan jumlah kemasukan puluhan ribu ringgit ke akaun bank adalah milik bank itu sendiri.

Kejadian pelik melibatkan institusi perbankan itu dikongsikan sendiri sepasang suami isteri yang bekerja di Sandakan, Sabah apabila wang simpanan mereka berjumlah RM28,000 disekat dan dibekukan pihak bank.

Aduan mangsa kepada Wide TV

Fakhrur Razi Mohd Yunos, 29, berkata, beliau terkilan dengan tindakan bank berkenaan sehingga menyebabkan mereka hampir kehabisan wang tunai memandangkan semua gaji dimasukkan terus ke akaun bank yang sama.

"Bank **** sebelum ni mengatakan bahawa akaun kami negatif 28k sedangkan kami pakai debit kad. Bukan kredit kad. So akaun kena freeze tanpa notis.

"Bukan kami saja, tapi beberapa ribu akaun bank disekat kerana kesilapan pengurusan bank.

"Malam ni baru released beberapa akaun. Termasuk akaun aku dan isteri," katanya kepada Wide TV.

Menurut Fakhrur Razi, dia dan isteri trauma dengan kejadian itu dan sudah hilang kepercayaan terhadap bank berkenaan.

Menurutnya, antara tindakan segera yang dilakukan adalah memindahkan kesemua wang simpanan tersebut ke akaun bank berasingan.

"Tindakan pertama kami perlu buat adalah transfer semua duit ke bank lain. Sbb macam dah kurang percaya dengan bank itu.

"Rasa terkilan dgn tindakan mereka," katanya.

Fakhrur Razi yang merupakan pengusaha sarang burung dan isterinya seorang guru di sebuah sekolah rendah di Sandakan turut berterima kasih kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan aduan serta suara mereka sehingga isu tersebut selesai.

Antara NGO terbabit adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Semboyan serta kesatuan suara mangsa-mangsa terlibat.

"Diharapkan perkara ini tidak berulang lagi, kerana kami hampir kehabisan tunai. Akaun gaji semua di bank tersebut.

"Hanya Allah tempat bergantung," ujarnya.

-- Wide TV

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Once you’ve weighed your options and picked one, you’ll need to register. Matched Offers – A lot of welcome bonuses take the form of matched offers. Essentially, the casino provides you free credit score relying on how much you deposit. 1xBet Gives You Up to €1,500 + a hundred and fifty Free Spins Make a €10 deposit and extra €15 for the subsequent three deposits to assert one hundred pc, 1xbet 50%, 25% and 25% matched bonus with a hundred and fifty Free Spins on chosen video games. This firm has over 15 years of expertise in creating live lotteries that enable fixed-odds betting and quantity of} draws with model new} draw every minute.

    BalasPadam