'Kem Kesihatan' tiap daerah jadi rutin SP Care

 

Dr Sathia (tengah) berkata sesuatu kepada Dr Anwar di Kem Kesihatan DUN Tiram

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my 

JOHOR - INISIATIF Klinik SP Care (SP Care) melaksanakan Kem Kesihatan di beberapa daerah dan negeri di Semenanjung Malaysia memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

Terbaru, SP Care berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, Johor bagi melaksanakan kem tersebut dengan memberi tumpuan kepada penduduk sekitar yang terdiri dari kawasan Orang Asal, tanah rancangan Felda, perkampungan nelayan, desa serta bandar. 

Pengerusi SP Care Group Sdn Bhd, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, beliau mengambil inisiatif tersebut bertepatan dengan gelombang Covid-19 yang masih tidak menentu di samping mengajak masyarakat supaya terus menjaga kesihatan. 

"Pada pagi ini kami menjalankan program pemeriksaan kesihatan bagi penduduk DUN Tiram. 

"Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

"Saringan kesihatan dijalankan mampu untuk mengenalpasti individu yang mungkin mempunyai faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dan pengesanan awal ini boleh membantu menyediakan perancangan pengurusan serta rawatan yang lebih baik, yang kemudiannya akan meningkatkan kelangsungan hidup pesakit," katanya. 

Dr Anwar (kanan) menyapa penduduk yang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di Kem Kesihatan SP Care. 

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi. 

Anwar meluangkan masa selama lebih kurang 45 minit bagi melihat sendiri aktiviti pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan SP Care. 

Dr Sathia (dua, kanan) bersama Dr Anwar (empat, kanan) bergambar kenangan di Kem Kesihatan SP Care, DUN Tiram. 

Dr Sathia berkata, antara penyakit yang boleh dikesan ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis. 

Dr Anwar beramah mesra dengan penduduk yang hadir ke Kem Kesihatan SP Care di DUN Tiram 

Katanya, melalui pemeriksaan kesihatan juga dapat memberi gambaran sama ada gaya hidup yang diamalkan boleh diteruskan seperti biasa atau perlu menukar gaya hidup untuk mengekalkan kesihatan yang baik menerusi khidmat perundingan yang diberikan oleh doktor. 

-- WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan