Raba pelajar perempuan, bekas guru disiplin dipenjara, sebat.

 

GAMBAR HIASAN

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - BEKAS guru disiplin sekolah menengah di daerah ini dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan setelah didapati bersalah melakukan ganggung seksual terhadap seorang pelajar perempuan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu ke atas seorang guru lelaki berusia 33 tahun bermula tarikh disabitkan kesalahan Khamis lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, kerana melakukan gangguan seksual dengan meraba payu dara seorang pelajar perempuan yang ketika itu berusia 17 tahun pada Julai 2019, sekitar jam 7 pagi.

Kejadian itu dilakukan bekas guru disiplin terbabit di bilik kaunseling sebuah sekolah menengah di Sandakan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mark Kenneth Netto.

Tertuduh turut diwakili peguam Hamid Ismail.

KEMASKINI

Dalam pada itu, Wide TV difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual daripada individu yang sama.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat kerana takut dan malu.

Wide TV turut diberitahu bekas guru terbabit juga sering disapa dengan panggilan 'ustaz' dalam kalangan pelajar sekolah.

-- SABAB POST | WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan