Rawatan kecemasan diberikan kepada lelaki tersebut yang rebah selepas menderma darah.
AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
#SANDAKAN - SEORANG lelaki berusia lingkungan lewat 20-an rebah secara tiba-tiba selepas beberapa minit menderma darah di sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.
Lelaki daripada Batu 11 itu dilaporkan tiba-tiba pengsan ketika berjalan keluar daripada pusat membeli belah tersebut bersama beberapa rakannya.
Menurut seorang rakannya dikenali sebagai Ismail, mereka berjalan bersama-sama namun tanpa disedari rakannya sudah rebah di perkarangan Center Court pusat membeli belah itu.
"Kami sedari dia sudah pengsan dengan wajahnya pucat.
"Selepas itu kami minta bantuan kakitangan yang bertugas dalam kempen derma darah itu untuk tengok keadaannya," katanya kepada Wide TV.
Sementara itu, lelaki terbabit ketika ditemui terpaksa membuat keputusan untuk berbuka puasa selepas kejadian itu.
Menurutnya yang enggan dikenali, itu kali pertama dia menderma darah dan dilakukan ketika dia berpuasa.
"Sekeliling saya tiba-tiba gelap dan saya terus pitam.
"Alhamdulillah saya berjaya derma darah dan bertambah sihat," katanya.
-- WIDE TV

0 Ulasan