11 tahun beri khidmat perubatan, Dr Sathia cukup mengenali rakyat Hulu Selangor

 

Dr Sathia Prakash Nadarajan

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

HULU SELANGOR - SEJAK 2011 Dr Sathia Prakash Nadarajan sudah memulakan khidmat sebagai doktor perubatan di daerah ini menerusi penyediaan kemudahan Klinik SP Care di Bukit Sentosa

Klinik pertama yang terletak di Jalan Orkid 1B itu menyediakan khidmat rawatan dan perubatan yang beroperasi 24 jam. 

Klinik SP Care Bukit Sentosa

Tidak cukup dengan sebuah klinik, Dr Sathia membuka sebuah lagi Klinik SP Care di Jalan Meranti 2A, Batang Kali untuk kemudahan dan keperluan penduduk di kawasan tersebut pada 2015. 

Menyedari pertambahan penduduk di sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ditambah limpahan serta kehadiran pesakit dari Sungai Choh, sekali lagi mendorong Dr Sathia membuat keputusan untuk membuka klinik baru di Pusat Perniagaan Helikonia, Kampung Sungai Choh

Klinik SP Care yang dibuka pada 2019 dan beroperasi 24 jam itu kini menjadi antara klinik yang menawarkan khidmat rawatan serta perubatan terbaik di kawasan tersebut. 

Pada 2020, Dr Sathia membuka sebuah lagi klinik di Antara Gapi dan mewujudkan Wisma SP Care Group di bangunan yang sama dalam kawasan Laman Gapimas, Serendah. 

Wisma SP Care Group

Maka, benarlah jika dikatakan SP Care bukan lagi asing bagi penduduk Hulu Selangor kerana sudah bertapak lebih 11 tahun dan telah menabur khidmat kepada seluruh warganya. 

11 tahun adalah tempoh yang panjang dan menjadi bukti Dr Sathia sangat mengenali Hulu Selangor dan keperluan penduduknya. 

Bagi Dr Sathia, perjalanan hidupnya sebagai anak 'posmen' telah mendedahkan dirinya kepada masyarakat dari semua peringkat umur dan kedudukan. 

Ayahnya, Nadarajan mendidiknya dengan penuh kasih sayang, menanam sifat ikhlas dan jujur serta menyemat disiplin yang tinggi sehingga beliau dapat mencontohi keperibadian ayahnya. 

Klinik SP Care Batang Kali

"Apa yang anda lihat hari ini adalah usaha keras saya dengan iringan doa ibu dan ayah saya. 

"Saya ni Rawang Boy yang suatu ketika dulu mungkin tidak dipandang, dianggap tidak maju seperti yang dapat dilihat hari ini. 

"Ibu saya, Vamsela Devi hanya seorang suri rumah. Ayah saya pula seorang penghantar surat dan kami semua bergantung hidup dengan gaji ayah itu. 

“Dengan gaji kecil itu jugalah dapat menyara kami kerana tiada istilah patah semangat dalam hidup kami sekeluarga," katanya. 

Antara kakitangan yang menjadi penggerak SP Care

Dr Sathia berkata, ibu dan ayahnya terpaksa menggadai rumah dan membuat pinjaman semata-mata untuk memastikan beliau mendapat pendidikan yang baik dan menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Rusia.

Menurutnya, berkat doa dan usaha bersungguh akhirnya beliau pulang dengan kejayaan dan kewujudan 13 rangkaian klinik berserta farmasi dan restoran SP Care atau Sathia Prakash Care adalah bukti kemampuan sebenar dirinya. 

Kini, Dr Sathia mahu menabur lebih banyak khidmat dan bakti kepada masyarakat Hulu Selangor menerusi aliran politik. 

Dr Sathia aktif dalam aktiviti amal, kebajikan dan melaksanakan misi kemanusiaan.

Beliau kini meletakkan diri sebagai calon Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor pada pemilihan parti yang akan berlangsung secara fizikal bermula esok, 21 Mei 2022. 

Harapannya sudah pasti mahukan masyarakat Hulu Selangor mengukur kemampuan dirinya dengan melihat kejayaan membuka empat Klinik SP Care di daerah ini dalam tempoh 11 tahun. 

Dr Sathia juga berharap, rakyat memandang jauh ke depan dan merasakan impak perubahan yang bakal berlaku sekiranya beliau dipilih sebagai Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. 

-- WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan