amrullah@semarakniaga.com.my
HULU SELANGOR - SEBANYAK 13 kawasan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pengundian semula pada 27 dan 28 Mei ini.
Kawasan itu melibatkan lima negeri iaitu Kelantan sebanyak enam cabang, Terengganu empat dan masing-masing satu cabang di Kedah, Selangor dan Sabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata, notis pengundian semula itu yang dikekuarkan hari ini selaras dengan Notis Penangguhan Pengundian terdahulu.
"Cabang Tumpat, Ketereh, Bachok, Pengkalan Chepa, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan akan mengadakan pengundian semula pada Jumaat, 27 Mei 2022.
"Manakala cabang Dungun, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman, Terengganu termasuk cabang Padang Serai, Kedah, Hulu Selangor, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu, 28 Mei 2022.
"Pusat-pusat pengundian akan dimaklumkan secepat mungkin," katanya.
Pengundian semula terpaksa diadakan susulan beberapa masalah yang berlaku di kawasan terlibat semasa pemilihan awal dilaksanakan.
Pengundian semula di cabang Hulu Selangor terpaksa ditangguhkan berikutan kegagalan pihak penyandang ketua cabang menyediakan kelengkapan logistik semasa pengundian berlangsung pada 21 Mei lalu.
-- WIDE TV
0 Ulasan