Ahmad Zahid, Hairul Azreen bintangi filem The Assistant 

 

Ahmad Zahid bersama Hairul Azreen dalam filem The Assistant yang mula ditayangkan di pawagam hari ini.

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com 

HULU SELANGOR - SIAPA sangka antara pelakon yang membintangi filem The Assistant merupakan calon Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, Ahmad Zahid Hassan, 53. 

Nama Ahmad Zahid yang berlakon bersama selebriti terkenal Hairul Azreen pemegang watak utama filem itu pastinya semakin mula dikenali bukan saja penduduk daerah ini, malah barisan pimpinan serta ahli PKR seluruh negara. 

Lakonan Ahmad Zahid sudah boleh disaksikan di pawagam seluruh negara bermula hari ini. 

Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, walaupun hanya setakat menjadi pelakon tambahan namun pengalaman diperolehi sangat berharga. 

"Saya berlakon sedikit jer... pegang watak sampingan dalam filem ni. 

"Dapat la juga jadi sebahagian pelengkap kepada filem The Assistant," katanya. 

Filem aksi The Assistant arahan Adrian Teh turut dibarisi pelakon terkenal Iedil Dzuhrie Alaudin dan Henley Hii.

 Watak utama The Assistant.

Sambil mempromosikan filem tersebut, Ahmad Zahid tidak lupa untuk memperkenalkan calon Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan yang merupakan Pengerusi Kumpulan SP Care agar menjadi pilihan menerajui parti sepanjang tiga tahun akan datang. 

Menurut Ahmad Zahid yang aktif dalam aktiviti mendaki gunung, dia juga bakal berlakon dalam sebuah lagi drama berjodol GP Motor

"Tontonlah filem aksi The Assistant mulai 19 Mei ini di pawagam dan undilah saya calon AJK PKR Cabang Hulu Selangor yang bernombor 17," katanya. 

-- WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan