amrullah@semarakniaga.com.my
BATANG KALI - DIHUJANI beberapa pertanyaan dan ajakan untuk berdebat bersama calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor sedikitpun tidak menggentarkan Dr Sathia Prakash Nadarajan.
Malahan, Dr Sathia dengan tenang menerima pelawaan itu dan bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan 'seterunya' di Hulu Selangor.
"Sejak dua tiga hari ini saya telah di hujani beberapa pihak yang mahu saya berdebat.
"Saya memang bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa sahaja TETAPI debat itu perlulah di adakan dengan cara yang baik, perlu sihat dari apa-apa unsur negatif," katanya dipetik dari laman facebook Dr. Sathia Prakash Nadarajan.
Beliau turut meletakkan nombor telefon setiausahanya untuk dihubungi pihak penganjur debat tersebut.
"Jika bersedia dan ingin berdebat, sila hubungi setiausaha saya, Cik Jahirah di talian 0123132327," tambahnya.
Hulu Selangor bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR diantara, Dr Sathia Prakash, June Leow Hsiad Hui dan Datuk Seri Azizan Zakaria.
Sementara itu, Wide TV yang merupakan penganjur sesi debat tersebut sedang merangka persediaan untuk mempertemukan dua calon utama Ketua Cabang PKR Hulu Selangor.
Sesi debat itu dijangka diadakan pada minggu depan bertempat di Batang Kali dan berlangsung jam 9 malam.
Debat tersebut akan turut disiarkan secara langsung menerusi facebook Wide TV dan dikongsikan bersama beberapa laman facebook tempatan termasuk My Hulu Selangor, Saya Sayang Batang Kali (SSBK) dan Bukit Sentosa Beruntung Residens (BSBR).
Dalam pada itu, Wide TV masih berusaha mendapatkan persetujuan daripada June Leow untuk berdebat dengan Dr Sathia.
Sehingga kini, June Leow ketika dihubungi melalui whatsapp hanya menyatakan kesediaannya bertemu Editor WTV Media News pada Selasa depan, namun belum dapat dipastikan sama ada beliau sedia untuk menyertai debat tersebut.
-- WIDE TV
0 Ulasan