amrullah@semarakniaga.com
BATANG KALI - "JANGAN sembang pasal MENANG! Kalau masalah 'jalan utama' pun tak SELESAI... 🤣."
Hantaran di laman facebook SAYA SAYANG BATANG KALI (SSBK) itu dihujani komen pengikutnya dari seluruh daerah Hulu Selangor yang terkesan dengan masalah kesesakan jalan raya setiap hari disebabkan kelewatan kerja-kerja menaiktaraf Jambatan Batang Kali.
"Ya, pikir kaw je nak menang, jalan kaw x pikir, porahhhhh," komen Mohd Johan di laman tersebut.
Megat Terawis Rawis pula menyifatkan kelewatan dan penangguhan projek pelebaran jalan tersebut membuktikan kegagalan wakil rakyat di kawasan itu.
"Hahaha..btl du yuong..cerminan dari y di pamerkan adlah 'GAGAL'," katanya.
Komen Megat itu turut mendapat reaksi Gipang Rare yang mengaitkannya dengan masalah lampu jalan di kawasan pembinaan tersebut.
Menurutnya, laluan tersebut gelap dan merbahaya kepada pengguna jalan raya yang melaluinya pada waktu malam.
"Lampu jalan pon nok lain marabou jln malam...hancai," katanya.
Abdul Malek Rahman berkata, akhirnya rakyat menjadi mangsa dan teraniaya hanya disebabkan sikap pemimpin yang sibuk merebut kuasa.
"Masing-masing nk rebut kuasa...yg teraniaya rakyat jelata..," katanya.
Dengan nada kesal, Ruzmah Abdullah meluahkan perasaannya seperti kekal menjadi mangsa keadaan walaupun seorang pemimpin berjaya dipilih.
"Yg pasti seseorang akn menang walaupun jln tu tak siap..yg kekal kalah kita org Btg Kali," ujarnya.
Sementara itu, merujuk kepada Portal Rasmi Dewan Negeri Selangor, projek menaiktaraf Jambatan Batang Kali itu sudah bermula sejak 30 April 2018 dan sepatutnya siap pada 29 April 2020.
Bagaimanapun, pada 2019 berlaku kelewatan projek disebabkan masalah pengambilan balik tanah yang masih belum selesai.
Pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020 memutuskan untuk membina laluan alternatif bagi mengelak masalah kesesakan jalan raya.
Namun, sehingga kini masalah kesesakan masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Malah tinjauan ke lokasi tersebut mendapati tiada sebarang aktiviti mahupun kerja-kerja pembinaan dilaksanakan ketika ini.
-- WIDE TV
0 Ulasan