Jaminan keselamatan, lalulintas di pusat pengundian Kalumpang

 

Anggota RELA bersedia memastikan kawalan keselamatan dan lalulintas di luar pusat pengundian Dewan Orang Ramai Kalumpang. 

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com

HULU BERNAM – SUASANA di Pusat Pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Kalumpang di sini berlangsung dengan tenang pagi ini. 

Kawalan keselamatan dan lalu lintas juga dikawal rapi pasukan RELA. 

Pengundi sudah mula memasuki kawasan perkarangan khemah penyokong-penyokong calon yang bertanding di luar pusat pengundian seawal jam jam 7.10 pagi. 

Calon-calon Ketua PKR Cabang diberikan taklimat oleh JPP.

Kenderaan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tiba di pusat pengundian jam 8.10 pagi untuk membuat persiapan akhir sebelum pengundian bermula jam 9 pagi. 

Calon-calon bertanding pula sejak awal lagi berada di lokasi bagi melihat sendiri proses pendaftaran pengundi dilakukan. 

Proses pengundian kali kedua bagi cabang Hulu Selangor ini dikendalikan sepenuhnya oleh JPP bagi memastikan kelancaran sepanjang pengundian berlangsung. 

Pemilihan PKR cabang Hulu Selangor 21 Mei lalu di Bukit Beruntung terpaksa dibatalkan kerana masalah logistik yang gagal diselesaikan oleh pasukan penyandang ketua cabang. 

Keadaan itu memaksa JPP menjadualkan semula pengundian baru pada hari ini. 

Bagaimanapun lokasi pengundian berubah sebanyak dua kali di mana Dewan Orang Ramai Hulu Bernam telah dipilih dan ditetapkan dua hari sebelum pemilihan berlangsung iaitu pada 26 Mei oleh JPP sebelum ditukar ke Dewan Orang Ramai Kalumpang pada hari yang sama. 

-- WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan