June Leow berkemungkinan hilang kelayakan bertanding 

 

June Leow ketika ditanya media berhubung punca pembatalan pemilihan PKR Cabang Hulu Selangor. 

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

BUKIT BERUNTUNG - SUMBER dalaman Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mengatakan calon Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkemungkinan hilang kelayakan bertanding disebabkan pembatalan pemilihan parti itu hari ini. 

Menurut sumber itu, June Leow yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor tahu dan sedar mengenai risiko dan tindakan yang akan ditanggung sekiranya sesebuah pemilihan parti dibatalkan. 

"June tahu dan sedar jika dia tidak dapat siapkan keperluan logistik maka akan berdepan tindakan penggantungan," katanya ketika mendedahkan perkara itu kepada ahli parti yang berada di luar pusat pemilihan di Bukit Beruntung Golf & Country Resort. 

Bagaimanapun menurutnya, sesuatu tindakan penguguran tetap perlu mengambil kira semua aspek sebelum diputuskan. 

Pemilihan PKR Cabang Hulu Selangor terpaksa dibatatalkan disebabkan kegagalan menyediakan keperluan logistik. 

Pembatalan itu menyaksikan Hulu Selangor perlu membuat semula pemilihan bagi menentukan tampuk kepimpinan parti untuk tempoh tiga tahun akan datang. 

-- WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan