Dr Sathia Prakash
AMRULLAH ABDUL KARIMamrullah@semarakniaga.com
ANTARAGAPI, HULU SELANGOR - CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan terus menyatakan kesediaannya untuk berdebat jika itu kehendak rakyat.
Dengan tenang beliau mengatakan bersedia untuk berdebat dengan calon PKR lain di kawasan Hulu Selangor pada bila-bila masa dan di mana saja.
Dr Sathia Prakash (duduk, dua kiri) bersama Amirudin dan Saifuddin Nasution pada sidang media Majlis Semanis Aidilfitri PKR Hulu Selangor.
"Saya rasa sesiapapun boleh debat asalkan debat itu sihat, tidak ada unsur negatif, saya sedia untuk berdebat bila-bila masa.
"Rasanya semua orang bersedia untuk berdebat secara telus dan jujur.
"Kena 'transparent' sebab itu kita punya moto tekad, telus dan teguh. Semuanya (perlu secara) terbuka," katanya pada sidang media selepas Majlis Semanis Aidilfitri PKR Cabang Hulu Selangor di Wisma SP Care Group di sini semalam.
Hadir pada majlis itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ditanya mengenai keyakinan ahli parti terhadap Dr Sathia, beliau berkata PKR perlu sentiasa berkeyakinan penuh terhadap kemampuan saf kepimpinan serta ahli-ahli parti.
"Kita perlu sentiasa yakin. Yakin terhadap ahli-ahli parti dan yakin kepada rakyat Hulu Selangor terutamanya.
"We do the best," ujarnya.
Dr Sathia yang juga Pengerusi Kumpulan SP Care turut ditanya mengenai pandangannya jika pelawaan debat tidak dilayan oleh seterunya.
Kemeriahan Majlis Semanis Aidilfitri PKR Cabang Hulu Selangor di Wisma SP Care Group, Antaragapi.
"Kita buat secara sihat. Kita tidak akan paksa sesiapa.
"Semua orang mahu debat ini berlaku lebih-lebih lagi bila ada pihak yang sebarkan di media sosial mengatakan debat perlu dilakukan antara calon PKR Cabang HuluSelangor.
"Ada yang mengatakan saya risau dan takut untuk berdebat. Jadi apa yang saya buat saya post di media sosial facebook dan katakan; Im ready to open debate anytime anywhere," jelasnya.
-- WIDE TV
0 Ulasan