Tiada tandingan BOSSKU!

 

Thanenthiran bersama Najib selepas Debat Perdana

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

KUALA LUMPUR - DEBAT Perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung semalam membuktikan bekas Perdana Menteri yang tidak asing dengan panggilan BOSSKU sememangnya tiada tandingannya. 

Presiden Malaysia Makkal Sakti (MMS), Datuk Seri RS Thanenthiran berkata, BOSSKU dilihat cukup bersedia dengan hujah yang bernas dengan penyampaian yang sistematik bermula dari awal pembukaan debat sehingga penggulungan. 

"Wah hebat Debat Perdana sebentar tadi! (semalam) Bossku Memang Kelas! 

"Sememangnya aura BOSSKU tiada tandingannya, ini kerana sejak mukadimah beliau sehingga penggulungan memang dapat dilihat betapa bersedianya beliau membawa topik topik yang telah disediakan secara sistematik dan menggunakan waktu yang diberikan secara bijak dan tepat," katanya. 

Debat Perdana antara Najib & Anwar

Menurutnya, beliau antara penonton yang hadir menyaksikan debat tersebut yang disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian media perdana. 

Hadir bersama beliau, Naib Presiden MMS, Datuk V Saravana Kumar, Setiausaha Agung, Suthager dan Setiausaha Pemuda Kebangsaan Devyaanthiran. 

Thanenthiran berkata, sepanjang debat berlangsung BOSSKU sentiasa kelihatan tenang dengan hujahan fakta demi fakta. 

"BOSSKU kelihatan sentiasa tenang dan menyatakan setiap satu fakta demi satu fakta tanpa melengahkan masa dengan memberikan RETORIK YANG MENYIMPANG! 

"Di samping itu beliau telah menyatakan pelbagai jalan penyelesaian yang bernas serta bertaraf anatarabangsa bukan sahaja dalam isu Sapura tetapi juga dalam kesemua topik yang telah dibawa berdebat. 

"Beliau membawa setiap satu penyelesaian yang praktikal serta berupaya menjana ekonomi yang lebih mampan. 

"Rasanya amat sukar untuk menafikan penyelesaian tersebut kerana success rate yang tinggi. 

"Beliau juga telah menghuraikan akan peranan Petronas dalam memastikan perkara ini berlaku," ujarnya. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir menyaksikan Debat Perdana tersebut.

Tambah beliau lagi, debat perdana itu membuktikan Anwar yang juga Presiden PKR hanya mampu menjadi pembangkang manakala Najib sememangnya pemimpin yang kekal berpengaruh dan terbukti cekap.

Jelasnya, ungkapan “fakta bukannya retorik, saya tidak kata auta” antara kata-kata BOSSKU yang menarik minat para penonton sama ada secara langsung atau maya. 

"Secara ikhlas BOSSKU bukannya berdebat untuk menang tetapi untuk memastikan rakyat faham dan terima apa yang sedang berlaku dan apa yang boleh diubah serta apa yang harus diubah," tambahnya. 

-- WIDE TV

Catat Ulasan

0 Ulasan