amrullah@semarakniaga.com
HULU SELANGOR - "TABIAT orang yang hanya pandai berkokok."
Perli Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan terhadap dua wakil rakyat Hulu Selangor berhubung sikap mereka yang disifatkannya sebagai lambat bertindak.
Bekas ADUN Batang Kali itu mendakwa, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong hanya bertindak mengikut musim dan hilang ketika rakyat memerlukan khidmat mereka.
"Ahli Parlimen ahli parlimen ooh June Liow ahli parlimen, ooh kawan ku Lee Kee Yeong DAP turunlah tengok ni dah banjir ni...hari-hari nak kena jerit...
"Janganlah bermusim. Hari tiada malapetaka pun takda, waktu begini pun tak mahu jalankan tugas." Katanya dipetik dari facebook miliknya hari ini.
Mat Nadzari memuat naik gambar dan video banjir yang melanda sebuah kawasan yang tidak dinyatakan lokasinya sambil meletakkan kepsyen tersebut.
Sementara itu, memetik kenyataan Lee menerusi kumpulan whatsapp Ronda Selamat Jiwa Murni beliau berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka untuk mangsa-mangsa banjir di kawasannya.
"Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Elyn Law sedang membantu saya menguruskan makanan dan minuman untuk mangsa banjir dan team bencana.
"PeBS ketiga-tiga DUN dan Unit Tindak DAP Kuala Kubu Bharu (KKB) akan bergerak ke tempat kejadian malam ini," katanya.
Tambahnya, Unit Tindak DAP KKB sedang bersedia untuk kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa banjir kilat.
Dalam pada itu, belum ada sebarang maklumat terkini mengenai tindakan banjir diperolehi daripada facebook rasmi June Leow setakat ini.
-- WIDE TV
0 Ulasan